Daisypath Friendship tickers

Nuffnang

Thursday 25 May 2023

Senyum...

 Assalamualaikum & hai...

Raya ke empat tanggal 25 April 2023, emak kemalangan. Akibat dari kemalangan tu, mak patah bahu kanan & patah tangan kiri. Genap sebulan mak kemalangan, alhamdulillah mak semakin sihat. Haritu, bawa mak temujanji di hospital, tulang-tulang yang patah tak menunjukkan sebarang progress pun, masih sama. Apa pun, kami redha dengan apa yang terjadi. Sedih bila teringat ayat mak "mak syukur, semua anak-anak mak ada mengurus dan bersama dengan mak. Terima kasih anak-anak mak."

"hadapi dengan senyuman, 
semua yang terjadi, biar terjadi...
hadapi... dengan tenang jiwa...
semua... akan baik-baik saja..."




Terima kasih sebab ada bersama ♡ ...


P/s: Terima kasih mommy (adik perempuan sis), telah bekorban masa serta tenaga jaga mak sampai mak dah sihat. Sis hanya dapat datang hujung minggu dan uruskan temujanji hospital sahaja memandangkan sis bekerja. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua....

Monday 19 December 2022

Basikal lipat kita...

 Assalamualaikum & hai...

Kayuhan santai MamaLong & Papalong, ada banyak gambar sebenarnya dan ini hanya sebahagian darinya. Baru setahun pengalaman dalam dunia kayuhan leha-leha ni, kami bukan profesional tau. Kami kayuh untuk isi masa kami dengan aktiviti outdoor, selain tu dapatlah buat aktiviti yang lebih sihat, giiituuu....

0km Kuala Lumpur, Malaysia.


River of Life...


Pintasan Saloma (Saloma Bridge).
Kayuhan di Bandaraya Kuala Lumpur memang santai dan selamat sebab pihak DBKL ada sediakan lane basikal serta tempat untuk korang berhenti berehat dan santai.


Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Setiap hujung minggu jika tiada hal, seawal 7 pagi tayar basikal kami dah bergolek. Kami kayuh dari rumah ke KL.


Night ride, memang seronok sebab korang boleh tengok view lampu yang menerangi KL, cantik! Tapi aku juga nak ingatkan supaya korang berhati-hati sebab agak banyak kenderaan waktu malam. Jangan lupa pasang lampu dan pakai helmet untuk keselamatan. Korang boleh bawa extra lampu atau power bank, bukan apa takut bateri lampu habis.


Putrajaya, route sana best ada turun naik bukit.


Genting Peras, sempadan antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan.


Alhamdulillah, yeaay! finally kami dapat tawan Perez. Mana geng FB (folding bike) kene bersedia sebab bukit dia mencanak tak boleh bawa berbincang weh, minta nyawa! Geng RB (road bike) & MB (mountain bike) korang memang dasyat sebab boleh kayuh sampai 2 ke 3 round! Geng kayuh, korang memang kena pergi kayuh ke Perez nun, dapat naik sekali pun jadilah, kena cuba ok.

#shamandbaiprettyfunride




P/s: Kami bercita-cita nak kayuh di Negeri Melaka & Pulau Pangkor, Perak. Berangan nak kayuh luar dari KL dan bawa basikal naik train ;) ... InshaAllah, one day...

Tuesday 13 December 2022

#shamandbaiprettyfunride ...

 Assalamualaikum & hai semua...

Tahun 2022 sikit je lagi nak tinggalkan kite, punyelah lame aku tak update weh, ish,ish, iiissshhh.... Tergerak hati nak buka blog ni harini. So, aku tak nak tahun 2022 aku lompong, at least ade la satu post, pon jadilahkan.. hahahaha!

Last year suami hadiahkan aku basikal patah (folding bike) sebagai hadiah hari lahir. So, ini adalah aktiviti outdoor pertama kami sepanjang hampir 14 tahun berkahwin since suamiku (PapaLong) tidak berapa gemar dengan aktiviti luar. Mungkin dia tengok isterinya (MamaLong) selalu share cerita dengan penuh semangat akhirnya, dia pun belikan sebagai hadiah juga dibeli untuk diri sendiri. Maka, kami bolehlah beraktiviti bersama-sama. Alhamdulillah & thanks PapaLong sebab jadikan angan-anganku ini nyata.



So, inilah dia sedikit gambar basikal lipat kami yang aku boleh kongsikan pada kalian.


Kimchi & Oki pun excited juga, memasing ambil bau, haha...


Kayuhan leha-leha kat kampung, lalu tepi sungai Pahang...



P/s: Buat masa ni kami dah kayuh di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor & Pahang. Alhamdulillah...

Sunday 7 February 2021

Kongsi rezeki...

 Assalamua'laikum & selamat malam...
Rezeki di hari Jumaat, penghulu segala hari...





Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang Allah hadirkan pada aku. Terima kasih pada suami yang tak pernah lokek kongsi rezeki dengan isteri dia ni. Aku bersyukur dengan rezeki ini, walaupun ianya laptop terpakai aku sangat senang dan sangat terharu dengan pemberian ini. Melompat aku masuk rumah bila suami bagi laptop ni. Memandangkan dengan keadaan negara yang masih dalam fasa PKP (2.0), kemudahan seperti ni sangat-sangat perlu buat masa sekarang. Semua aktiviti dijalankan secara online. Work from home juga masih berjalan mengikut jadual. Syukur sangat dengan nikmat dan rezeki yang Allah beri pinjam di dunia ini. Kasihnya seorang suami yang tak berbelah bahagi.



P/s:  Semoga Allah sentiasa melimpahkan, meluaskan juga berikan rezeki yang tak putus-putus serta yang baik-baik buat suami aku, Aisam Bin Osman supaya aku Siti Baidura Binti Samsi Anuar akan selalu terkena tempiasnya, aamiin... (Doa ini aku memang selalu dan sentiasa amalkan, memang berkesan weh, sampai suami aku juga dah terikut dan doa yang sama jugak 😆😄)...

Wednesday 6 January 2021

Mak...

 Assalamualaikum dan selamat pagi...


Sementara ada...
Terima kasih Allah kerana memberi peluang dan kesempatan untuk aku bahagiakan mak dengan cara aku dan apa adanya aku. Terima kasih mak sentiasa ada, bukan saja sebagai emak, tapi sebagai sahabat untuk kami semua. Seorang yang periang dan kuat membebel. Itulah mak kami. Kalau jumpa asik nak lawan mulut, bile tak jumpa mula rase sunyi dan teringat-teringat mulut bising mak. Semoga Allah kurniakan mak, Mawarna Binti Bikman kesihatan yang baik, kebahagian yang sentiasa, kasih sayang yang melimpah, rezeki yang baik-baik tiada hentinya. Semoga mak gembira dengan kami walaupun abah tiada disisi mak. Abah, kami semua jaga mak untuk abah.




P/s: Kasih sayang yang benar itu sangat susah untuk dimiliki, bukan semua orang dapat memilikinya dengan ikhlas.

Thursday 19 November 2020

Bulan dia...

 Assalamualaikum & pagi semua...

Bulan ni, bulan dia. Macam pasangan yang lain, mungkin juga tidak. Selamat ulang tahun kelahiran suami a.k.a bff daku. Aktiviti keluar makan itu mmg selalunya, setiap tahun akan berlaku beserta hadiah. Tahun ini macam tahun-tahun yang lalu juga. 

Inilah orangnya, semoga Allah melindungi, merahmati juga memberkati kehidupan Aisam didunia juga diakhirat sana. Semoga kau akan dilimpahi dengan rezeki-rezeki yang baik dan luas dari segala segi, mahupun kesihatan, kewangan, kebahagian dan semuanya yang baik-baik aje.. Semoga kau dan aku terus istiqomah dalam menjalani ibadah Allah.



Isterikan, haruslah banyak gamba dari suami 😆. Bff i ni ade taste yang baik juga, baju i tu dia yang belikan, terima kasih suami...




P/s: I love you suami. #myhusbandismybestfriend .

Thursday 15 October 2020

Kita...

 Assalamualaikum & pagi...

Terima kasih Allah sebab hadirkan Aisam sebagai teman hidup yang berkongsi segala rasa bersama di  dunia ini. 

Inilah kehidupan. Sentiasa punya idea untuk buat aku senyum & tertawa.


Terima kasih sebab tak sabotaj masa ambil gambar ni. 




P/s : Hampir dua belas tahun hidup berumah tangga.